Tuesday, 7 October 2014

Sharing My Story : Menyambut Aidiladha Bersama-sama Teman-Teman UUM

HARI PERTAMA AIDILADHA DI DPP BANK RAKYAT
5 OKTOBER 2014










HARI KEDUA AIDILADHA - BERAYA SAKAN
6 OKTOBER 2014



Kereta rosak sekejap.. heeee ^_^














Thursday, 2 October 2014

Sharing my Story : "Ya Allah, Aku Rindu Adik.."

Bismillahirrohmanirrohim..

"Ya Allah, Aku Rindu Adik.."

Sejak adik lelakiku, Muhammad Izzuddin Bin Amir meninggal dunia pada 24 Mei 2014 yang lalu, aku rasa seolah-olah duniaku berubah 180 darjah. Malah sebahagian daripada diriku dan juga pemikiranku ada yang hilang dan berubah.

"Arwah dulu baik orangnya.." itulah ayat yang adikku suka ulang-ulang padaku pada saat-saat terakhir kami bersama-sama. Kini, ayat itu juga yang akan aku gunakan buat adikku... "arwah dulu baik orangnya.."

Dia dilahirkan pada 31 Mei 1994, ketika aku baru berusia dua tahun. Dialah adik lelaki yang paling dekat dan paling rapat dengan aku.







Selalunya, bila aku moody, marah atau merajuk kat rumah, Idin lah yang mula buat lawak sengal dia untuk buat aku ketawa dan neutral semula. Idin jugaklah yang selalu temankan aku bila aku perlukan teman nak pergi kedai, nak jalan-jalan ronda kampung, nak karoke releasekan tension, atau nak pergi mana-mana. Bila Idin dah takde, memang akulah antara orang yang paling rasa KEHILANGAN, sebab Idin tiada gantinya. Idin satu-satunya adik aku yang paling memahami aku tanpa aku perlu bercerita dengan terperinci pada dia.














Banyak sangat benda yang aku nak cerita pasal adik aku yang istimewa ni, tapi aku tak tertahan sebak setiap kali ingat dia. Sebak sebab aku rindu sangat. Sebak sebab aku tak sempat berkongsi cerita-cerita yang aku kumpul nak cerita kat dia. Dan sebak sebab aku sayang sangat kat dia tapi aku tak pernah cakap malah tak pernah tunjukkan pada dia yang aku sayang sangat pada dia. 

Kini, bila aku rindu Idin, aku mimpi dia. Aku hanya mampu sedekahkan Al-Fatihah pada dia dan berdoa agar aku dipertemukan semula dengan dia. Ya Allah, ampunilah segala dosa-dosanya, tempatkanlah Muhammad Izzuddin Bin Amir dalam kalangan hamba-hambaMu yang beriman yang Kau redhai dan kasihi.. Aamiiiinnn..



"Ya Allah, Aku Rindu Adikku.."



Tuesday, 21 January 2014

Topic : SEX APPEAL

pernah dengar 'Sex Appeal' ? tahu apa itu "Sex Appeal' ? ini bukan cerita seks ya . . 

ini tentang SEX APPEAL atau explanation dalam bahasa inggerisnya "the ability to excite people sexually" dan "immediate,obvious potential to interest others as by appearance, style or charm."


apa yang menariknya tentang sex appeal ni ?? 

" pernah tak korang tengok, ada orang tu muka dia tak lah cantik mana pun, badan pun gemok ke, pendek ke, hitam, berjerawat ke atau senang kata, dia tu kategori hodoh lah la kan pada korang. . tapi ramai pulak orang yang suka kat dia. dan lebih pelik lagi, dah lah hodoh, tapi CONFIDENT je & happy je hidup dia macam takde masalah. KENAPA? sedangkan korang yang jauh lebih comeyy, lebih cantik, lebih pandai dan bergaya pulak, takde pun orang minat atau nak usha-usha. even pakwe/makwe pun takde >.< " 

haaa... inilah rahsianya! sebab orang yang hodoh kt citer atas ni ada SEX APPEAL. itulah kuasa 'sex appeal'. orang yang ada 'sex appeal' mampu membuat ramai orang yang berlawanan jantina suka pada diri mereka. perkara ini sangat subjektif dan tak mudah untuk dijelaskan. 

menurut seorang ahli seksologi Dr. Ryan Thamrin, sebenarnya SEX APPEAL ni ada dalam diri setiap manusia. cuma mungkin manusia yang 'sex appeal' nya tidak menyerlah itu tidak mengenali kelebihan diri sendiri dan sering takut dalam kehidupan. takut kegagalan. takut dimalukan. takut untuk menjadi hebat. 


so, macam mana nak gunakan SEX APPEAL masing-masing sebaik-baiknya ? 

macam mana cara kalau nak ada SEX APPEAL ni ??

it's simple! ikut langkah-langkah ni. . .

1) IT'S ALL IN YOUR ATTITUDE
     -adab sopan dan budi bahasa ketika berinteraksi dengan orang lain perlu dijaga. ia juga maruah korang.

2) PAKAI PAKAIAN YANG BUAT KORANG NAMPAK "WOW" & YANG PENTING MESTI SELESA
     -penampilan korang perlulah segar, wangi & kemas. barulah orang lain pun selesa dan suka nak dekat, kalau korang serabai, selekeh je, pastu busook pulak tu, memang la orang tak suke kann.




3) SAYANGI DIRI & TUBUH BADAN ANDA
     -walau macammana pun rupa dan bentuk badan korang, sayangilah ia. kalau korang tak sayang diri sendiri, orang lain pun takkan sayang korang. bersyukur dengan apa yang Tuhan dah bagi.
     -dan yang sangatt penting di sini, kebersihan diri dan kesihatan perlu sangat sangat dijaga.

4) JADI SMART & SEKSI
    -maksud seksi kat sini bukanlah suroh korang dedah-dedah aurat ye. maksud kat sini, korang perlu menjadi yang terbaik walau di mana pun korang berada. korang perlu bercakap dengan fakta, berfikir dengan matang, broad-minded, fleksibel dan berdikari. yang paling utama, confident! confident itulah yang akan buat korang nampak seksi.




5) MERASA DIRI SENDIRI BAGUS & TERBAIK 
     -apa yang korang fikir tentang diri sendiri, itulah jugak apa orang lain fikir tentang diri korang. percayalah.



6) POSITIF
      -sentiasa positif, banyakkan senyum dan sesekali ketawa. have fun ! jangan serius sangat.

7) BODY LANGUAGE
      -bila bercakap dengan orang, eye-contact sangat penting. pastikan ia sampai ke hati 



8) SAYANGI SEMUA ORANG
     -Dato' Dr. Fadzillah Kamsah pernah cakap, "orang yang penyayang akan dikelilingi oleh ramai orang yang sayang padanya, dan orang yang pembenci juga akan ramai yang benci padanya."

9) MEMUJI ORANG
      -jangan cemburu bila tengok orang lain lebih cantik, atau mempunyai sesuatu yang cantik, tapi ambik peluang tu untuk puji diorang. dalam masa sama korang boleh buat orang tu pun suka kat korang dan boleh tambah kawan.

10) JANGAN DISKRIMINASI SESIAPA
      -berkawan, bergaul, berbuat baik dan senyum dengan semua orang. jangan pilih kasih atau diskriminasi sesiapa ! 

11) AKTIVITI KEROHANIAN
     -nakkan sesuatu itu, jangan lupa berdoa dan meminta lah terlebih dahulu kepada Allah. tanpa izin Allah, takkan berjaya jugak nanti. hati kita perlukan makanan rohani supaya tak kosong. tak guna jugak kalau ramai orang suka kita, tapi Allah tak suka kita. kannn ?? solat pun kena jaga tau.



12) lastly, DONT TAKE IT SERIOUSLY !! take it easy ^_______^





selamat mencuba yaa !



footnotes:
sumber http://www.waspada.co.id/index.php?option=com_content&view=article&id=176783:membangkitkan-sex-appeal&catid=61:seks&Itemid=136