Sunday, 25 January 2015

Sharing My Story : Fly To Bandung!

Pada awal tahun 2015, iaitu pada 17 Januari hingga 21 Januari 2015 yang lalu aku telah menyertai program "Student's Mobility: Discovering Paris Van Java" bersama-sama 20 lagi peserta lain daripada DPP Bank Rakyat, UUM. Kami telah pergi ke Jakarta dan Bandung selama lebih kurang 5 hari 4 malam. Berikut adalah sedikit perkongsian gambar-gambar sepanjang program tersebut dan aku sangat berpuas hati dengan program ini kerana sepanjang program ini aku berasa sangat tenang, bahagia dan lupa semua masalah aku di Malaysiaaaa.. haha (^_^)



Hari ke-1: 17 Januari 2015

Kami berlepas dari KLIA ke Jakarta pada jam 7.00 pagi, 17 Januari 2015.

Roomate terbaik aku, Tikah, aku dan Kaksu bergambar bersama-sama di Menara Monas, Jakarta. 


Konon-konon terpelanting ~

Boys version :)

The boys, tak puas lagi melompat diorang ni..

Bergambar dengan banner program, itu yang penting.

Sebaik je sampai di Bandung, perkara pertama yang kami buat ialah cari tempat makan!




Hari ke-2: 18 Januari 2015

Sebelum bertolak untuk jalan-jalan, selfie-selfie dulu kat depan Guest House yang kami tinggal sepanjang kami di Bandung.

Total peserta 21 orang. Kami guna dua buah van pelancong sepanjang di Bandung dan van kami ni lah yang paling kecoh! 

Ini Walee. Dia ni mantan Presiden DPP Bank Rakyat sesi 2012/2013. Kalau takde dia ni tak meriah kot van kami.

Sampa-sampai je kat destinasi yang dituju, Kawah Putih, Bandung, bergambar dulu dengan banner program. 

Let's Wefieee!

Kami dapat Jus Strawberi percuma sorang satu! Sodap tapi masam sikittt :)

Sementara tunggu makanan sampai, wefieee lagi! :)

Ini pula Dr. Nazli Mahdzir, pegawai pengiring yang juga merupakan mantan Penolong Pengetua DPP Bank Rakyat.

Kami bergambar depan kedai cenderahati di Kawah Putih, Bandung dengan bendera Malaysiaaa!

Ini pula suasana dalam kedai cenderahati, tak banyak sangat pun barang yang dijual..

Nice shot! Bole buat drama korea tak? :) :) :)


Kami bergambar betul-betul di kawah yang airnya berwarna putih. Dengar cerita dulu ini kawasan gunung berapi (Tak pasti lah betul ke tidak). Dan tempat ni diberi nama "Kawah Putih" kerana air dan pasirnya berwarna putih. Memang cantik dan sejuukkkk tempat ni.  




  Hari ke-3: 19 Januari 2015

Hari ke-3, kami berjimba bersuka-ria lagi, di Trans Studio, Bandung, pula. Tempat ni lebih kurang sama je macam USS kat Singapore tu.

Acah-acah superheroesss! Yeahh :)

Bergambar bersama-sama lagi selepas masing-masing semua penat bermain-main :) 
Dari kiri; Biha, aku, Shyqin, Kaksu, Kak Lynn, Kak Nurul, dan Tikah. Kak Lynn dan Kak Nurul merupakan pegawai pengiring dan juga staff DPP Bank Rakyat yang paling banyak bekerja keras dalam melaksanakan program ini. Diorang memang Daebak! :)





 Hari ke-4: 20 Januari 2015

Dengar taklimat dan simple briefing daripada Pengerusi, Panti Asuhan Bayi Sehat Muhammadiyah, Bandung... 
Kami melawat sekitar kawasan di Sekolah Tinggi kesejahteraan Sosial (STKS), Bandung.

Pengarah program ini, Choo Weng Loon (yang pakai blazer tu) sedang menerangkan sesuatu kepada peserta-peserta lain.

Semua peserta program bersama-sama beberapa orang wakil daripada Sekolah Tinggi Kesejahteraan Sosial (STKS) mengambil bahagian dalam perbincangan dan diskusi di Bilik Mesyuarat STKS, Bandung.

Yesss! Bergambar dengan banner program lagi sebagai bahan bukti untuk buat report program nanti.. hihi :)
  
Antara makanan yang kami cuba semasa di Bandung, BAKSO Bandung!

Inilah rupa BAKSO Bandung :)





Hari ke-5: 21 Januari 2015

Hari ke-5, pagi-pagi lagi kami dah bersiap-siap ke Airport Bandung untuk berlepas pulang ke KLIA..
Then, something happened! Passport salah sorang kawan kami, Luqman, hilang entah ke mana. So, Luqman kena pergi ke Kedutaan Jakarta ditemani Dr. Nazli untuk selesaikan kes kehilangan passportnya.. Masa tu, semua sedih sebab kena pulang ke Malaysiaaa dulu tanpa Luqman bersama-sama.. Apa taknya, 5 hari kami bersama-sama buat kami semua rapat dan dah macam adik-beradik dah.. Such an unforgettable memories! 

Semua melangkah ke aeroplane dengan berat hati dan berat langkah ~ :(

Apa-apa pun, kami tetap doakan Luqman selamat dan dipermudahkan urusannya untuk pulang ke Malaysia. Kami takkan lupakan semua kenangan-kenangan manis, pahit, penat, gila, kasih-sayang dan semua emosi yang bercampur-campur sepanjang kami bersama di Jakarta dan Bandung..


Secara keseluruhannya, aku enjoy dan sangat merindui saat-saat di Jakarta dan Bandung bersama-sama semua peserta.. Semua sporting habis, happening, dan saling membantu serta bekerjasama sepanjang melaksanakan program ini. Itu yang buat semua jadi best, sebab tak ada yang selfish :)


Monday, 12 January 2015

Just My View : Bagaimana Muhasabah Diri ?




Beberapa minggu yang lalu, budak kat dalam gambar kat bawah ni minta aku update entry dengan cerita-cerita motivasi dan cerita tentang bagaimana nak muhasabah diri. Baru sekarang ada masa nak update. Aku ingat lagi ayat yang dia lontarkan kat aku, "ramai orang cakap muhasabah diri, muhasabah diri, tapi tak cerita pun macam mana cara nak muhasabah diri"  




Okayyy, bagaimana caranya nak muhasabah diri? Firstly, kita kena tahu dulu apa maksud "muhasabah diri" itu sendiri, kemudian barulah kita akan tahu apa dan bagaimana caranya "muhasabah diri". Basically, perkataan "MU-HA-SA-BAH" itu berasal daripada kata dasar dalam Bahasa Arab "HI-SAB" yang bermaksud "hitung". Jadi, "MU-HA-SA-BAH" bermaksud "menghitung" atau "perhitungan". Ini berdasarkan pengetahuan am yang aku tahu lah, dulu aku pernah sekolah Arab dan belajar sorof bahasa Arab ni. Tapi sekarang dah ingat-ingat lupa. (︺︹︺)

Kata Umar al-Khattab: “Hitunglah dirimu sebelum kamu dihitung”.

Jadi, kesimpulannya ialah "muhasabah diri" itu bermaksud menghitung diri sendiri. Atau dalam erti kata lain, menilai diri sendiri. Nak tahu lagi macam mana? Okayyy, macam ni, LANGKAH PERTAMA, duduk  dengan tenang. LANGKAH KEDUA, berfikir "apa yang aku dah buat dalam 2-3 harini?" , fikir lagi "adakah apa yang aku buat ni akan dapat keredhaan Allah?" , dan fikir lagi, "adakah apa yang aku buat sekarang ini membawa aku kepada mencapai matlamat aku? dan adakah matlamat aku mampu mendekatkan aku pada Allah?" LANGKAH KETIGA, seandainya ada beberapa perkara yang telah diri sendiri buat, tetapi diri sendiri rasa tak suka dan tak betul ataupun 'tak patut aku buat macam itu', SO, fikirkan apa yang perlu diri sendiri lakukan selepas ini untuk memperbaiki keadaan dan membetulkan diri sendiri. LANGKAH KEEMPAT, do it! Berubah, lakukan lebih baik. Jangan stay atau maintain perangai dan perbuatan lama. Itu umpama 'lebih baik tak payah muhasabah diri kalau still sama'.

Haa.. Senang kan? Simple je sebenarnya perkara ini. Muhasabah diri tu maksudnya proses menilai diri sendiri dan kemudian perbaiki diri agar menjadi lebih baik lah. 

Apa yang telah berlalu dan telah pun berlaku pada masa lalu memang lah kita tak mampu nak ubah. Jadi, terima sajalah dengan hati yang terbuka. Muhasabah diri hanya mampu membantu kita menjadi lebih baik pada MASA HADAPAN. 






3 SIMPLE WAYS OF MUHASABAH DIRI:
1- Looking at myself
2- Correcting myself
3- So that I can change & grow











............


Friday, 2 January 2015

Just My View : CINTA DALAM DIAM ITU LEBIH BAIK

Cukup mencintai dalam diam. .kerana diammu adalah satu bukti cintamu padanya. .
kau telah memuliakan dia, dengan tidak mengajaknya menjalin hubungan yang terlarang,
kau tidak memusnahkan kesucian hatinya dan juga hatimu. .

kerana diammu bukti kesetiaanmu padaNYA. .

kerana mungkin saja orang yang kau cintai itu adalah juga orang yang telah ALLAH pilihkan untukmu. .


Renungkan sejenak kisah Fatimah dan Ali r.a.
yang keduanya saling mencintai dalam diam. .
yang keduanya hanya memendam apa yang dirasakan. .tapi, akhirnya ALLAH yang Maha Penyayang satukan juga mereka dengan ikatan suci. .
Bukankah Allah tidak akan pernah memutuskan harapan hamba yang berharap padaNya. .

Cukuplah mencintai ia dalam diam, dari kejauhan, tapi penuh keikhlasan. .



Jika benar cinta itu karena Allah maka biarkanlah ia mengalir mengikuti aliran Allah karena hakikatnya ia berhulu dari Allah maka ia pun berhilir hanya kepada Allah. .


" Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir. " (QS : Ar-Ruum,21)








Tapi jika kamu mulai goyah kerana merasa tidak cukup hanya mencintai dalam diam. . maka berdoalah & mohonlah bantuan ALLAH. .


“Wahai para pemuda, siapa saja diantara kalian yang telah mampu untuk bernikah, maka hendaklah dia menikah. Kerana dengan menikah itu dapat menundukkan pandangan dan menjaga kemaluan. Dan barangsiapa yang belum mampu, maka hendaklah dia berpuasa, kerana sesungguhnya puasa itu mampu menjadi perisai baginya” (Hadith Riwayat Bukhari & Muslim)





" Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk. " (QS: Al-Israa',32)




...........................................................................................................................




Cukup cintai ia dalam diam. .
bukan kerana membenci hadirnya. .tapi demi menjaga kesuciannya. .
bukan kerana menghindari dunia. .tapi demi meraih surga-Nya. .
bukan kerana lemah untuk menghadapinya. .
tapi demi menguatkan jiwa dari godaan syaitan yang begitu halus. .

Cukup cintai ia dari kejauhan. .
kerana hadirmu tidakkan mampu menjauhkannya dari godaan. .
karena hadirmu hanya akan menggoyahkan imannya dan ketenangan jiwanya. .

Cukup cintai ia dengan kesederhanaan. .
memupuk perasaan cinta itu hanya akan menambah penderitaan hatimu sendiri. .
menumbuhkan harapan hanya akan mengundang kekecewaan. .
mengharapkan balasan hanya akan merosakkan kesucian cintamu itu. .

Maka cintailah ia dengan keikhlasan. .







" Barangsiapa menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga."
(Umar bin Khattab ra.)


::: Sabar & Ikhlaslah kerana ALLAH :::