Apa itu EQ atau Emotional Intelligence?
Secara umumnya, EQ adalah suatu kemampuan atau kemahiran untuk menganalisa emosi orang lain dan seterusnya mengatur langkah untuk bertindak sewajarnya dengan emosi orang tersebut.
"Your EQ is the level of your ability to understand other people, what motivates them and how to work co-operatively with them," [Howard Gardner, Harvard theorist]
Terdapat 5 kategori Emotional Intelligence:
1- Self-Awareness
- Kemahiran mengenalpasti emosi sendiri dan kesan-kesannya kepada diri sendiri.
- Kemahiran mengubah emosi sendiri mengikut kepentingan bagi mengelakkan kesan negatif.
2- Self-Regulation
- Kemahiran mengawal diri sendiri.
- Fleksibel, mudah menyesuaikan diri dan emosi dengan keadaan dan sosial.
3- Motivation
- Kemahiran untuk sentiasa bersikap optimis dan fokus pada matlamat yang mahu dicapai.
- Mempunyai inisiatif dan komitmen,
4- Emphaty
- Kemahiran menganalisa dan mengenalpasti emosi orang lain dan bagaimana perlu respon.
- Memahami orang lain dan memahami situasi keadaan secara menyeluruh.
- Tidak pentingkan diri sendiri, malah mengawal emosi sendiri.
5- Social Skills
- Mempunyai pengaruh dan networking yang luas.
- Mahir berkomunikasi yang jelas dan mudah difahami oleh orang lain.
- Kemahiran kepimpinan dan mampu menjaga perhubungan sesama manusia.
Antara Ciri-Ciri Kamu Memiliki EQ Yang Tinggi
1- Kamu FAHAMI emosi kamu secara lebih SPESIFIK
2- Ada RASA EMPHATHY terhadap orang sekeliling
3- FLEKSIBEL mengikut keadaan
4- Kamu TAHU akan kekuatan dan kelemahan diri sendiri
5- Kamu BIJAK MEMBACA KARAKTER orang lain
6- Kamu TIDAK MUDAH TERSINGGUNG dengan tindakan orang lain
7- Kamu MEMAAFKAN dan tidak berdendam
8- Kamu MAMPU RASIONAL walaupun dengan orang yang negatif
9- Kamu mampu sentiasa bersikap dan berfikiran POSITIF
10- Kamu yang MENGAWAL DIRI dan hidup kamu, bukan orang lain!
Rujukan
website:
-http://psychcentral.com/lib/what-is-emotional-intelligence-eq/
-http://themindunleashed.org/2015/03/18-signs-of-high-emotional-intelligence.html




