Tuesday, 3 March 2015

Pentingnya EQ (Emotional Intelligence)


Apa itu EQ atau Emotional Intelligence?

Secara umumnya, EQ adalah suatu kemampuan atau kemahiran untuk menganalisa emosi orang lain dan seterusnya mengatur langkah untuk bertindak sewajarnya dengan emosi orang tersebut. 


"Your EQ is the level of your ability to understand other people, what motivates them and how to work co-operatively with them," [Howard Gardner, Harvard theorist]





Terdapat 5 kategori Emotional Intelligence:



1- Self-Awareness 

  • Kemahiran mengenalpasti emosi sendiri dan kesan-kesannya kepada diri sendiri.
  • Kemahiran mengubah emosi sendiri mengikut kepentingan bagi mengelakkan kesan negatif.


2- Self-Regulation

  • Kemahiran mengawal diri sendiri.
  • Fleksibel, mudah menyesuaikan diri dan emosi dengan keadaan dan sosial.


3- Motivation

  • Kemahiran untuk sentiasa bersikap optimis dan fokus pada matlamat yang mahu dicapai.
  • Mempunyai inisiatif dan komitmen,


4- Emphaty

  • Kemahiran menganalisa dan mengenalpasti emosi orang lain dan bagaimana perlu respon.
  • Memahami orang lain dan memahami situasi keadaan secara menyeluruh.
  • Tidak pentingkan diri sendiri, malah mengawal emosi sendiri.


5- Social Skills

  • Mempunyai pengaruh dan networking yang luas.
  • Mahir berkomunikasi yang jelas dan mudah difahami oleh orang lain.
  • Kemahiran kepimpinan dan mampu menjaga perhubungan sesama manusia.









Antara Ciri-Ciri Kamu Memiliki EQ Yang Tinggi

1- Kamu FAHAMI emosi kamu secara lebih SPESIFIK

2- Ada RASA EMPHATHY terhadap orang sekeliling

3- FLEKSIBEL mengikut keadaan 

4- Kamu TAHU akan kekuatan dan kelemahan diri sendiri

5- Kamu BIJAK MEMBACA KARAKTER orang lain

6- Kamu TIDAK MUDAH TERSINGGUNG dengan tindakan orang lain

7- Kamu MEMAAFKAN dan tidak berdendam

8- Kamu MAMPU RASIONAL walaupun dengan orang yang negatif

9- Kamu mampu sentiasa bersikap dan berfikiran POSITIF

10- Kamu yang MENGAWAL DIRI dan hidup kamu, bukan orang lain!










Rujukan

website:
-http://psychcentral.com/lib/what-is-emotional-intelligence-eq/ 
-http://themindunleashed.org/2015/03/18-signs-of-high-emotional-intelligence.html


Monday, 9 February 2015

Topic : Stop Writing About Your Past, Start Writing About Your Future.

Bismillahhirrahmanirrahim...


Bila umur dah makin meningkat ni, sebenarnya lebih banyak dugaan dan lebih besar cabaran yang datang dalam hidup kita ni. Kunci kejayaan dalam menghadapinya ialah, terima saja dengan hati terbuka. Simple kan? :)
(mesti ada orang nak jawab,"cakap senanglah, cuba ko rase" kan? *hahaha*)

Baru-baru ni aku ada baca sebuah buku yang bertajuk "Semuanya Soal Hati", hasil penulisan Ustaz Pahrol Mohd Juoi. The gist of this book is, HATI merupakan faktor pertama dalam membetulkan diri dan seterusnya membetulkan hidup. Senang kata, sebelum nak improve apa-apa dalam hidup, kena improve hati dulu. 


Sedangkan Rasulullah s.a.w. sendiri pernah bersabda, 

"Sesungguhnya dalam diri manusia itu ada seketul daging. Jika daging itu baik, maka baiklah seluruh anggota badannya, tetapi, seandainya daging itu rosak dan kotor, maka kotor dan rosaklah seluruh anggota badannya. Daging yang dimaksudkan ini adalah HATI.

[Riwayat Bukhari dan Muslim daripada Nu'man Bin Basyir]





Apa yang aku nak cerita ni sebenarnya? 


Sebenarnya, diri kita ni adalah refleksi HATI kita sendiri. Sebenarnya, hidup kita juga menunjukkan bagaimana pemandangan dalam HATI kita. Inilah kesimpulan yang aku dapat buat hasil daripada pembacaan, pengalaman, dan pemerhatian sendiri. 


So, apa kena mengena dengan tajuk "Stop Writing About Your Past, Start Writing About Your Future" ni?


Haaa.. Macam ni, aku dapat quotes ni pun daripada Dr. Azizan Osman (pakar motivasi terkenal) tu baru-baru ni, dan aku terus jatuh cinta dengan quotes ni. Sangat memberi inspirasi dan membangkitkan semangat!  


Jadi, aku nak gabungkan tentang HATI tadi dengan quotes "Stop Writing About Your Past, Start Writing About Your Future" ni, mudah-mudahan bermanfaat kepada aku dan rakan-rakan. 


...........................................................................................................................................................






Kenapa kita rasa tak bahagia?
 - Sebab HATI kita yang tak bahagia


Kenapa kita rasa hidup ni tak lepas daripada masalah yang berulang-ulang?
 - Sebab HATI masih tak melepaskan kisah silam yang tak disukai


Kenapa kita susah nak move-on?
 - Sebab HATI masih belum benar-benar redha dengan yang telah berlaku



Jadi...



Bagaimana nak bahagia?

- Bahagiakan HATI dulu..  ((sebab bahagia itu juga dirasai dari HATI))
   :: dengan solat dan membaca Al-Quran
   :: dengan menjaga hubungan baik dengan Allah
   :: dengan membahagiakan ibu bapa
   :: dengan menjaga silaturrahim sesama manusia
   :: sentiasa bersangka baik dan jauhi perkara negatif
   :: memperbanyak solat sunat Taubat ((kerana dosa juga adalah punca Hati tidak bahagia))



Bagaimana nak hentikan masalah hidup yang berulang-ulang? 
(contohnya, isu kebocoran wang, isu sukar menemui cinta, isu kekeluargaan, dsb.)

- Hadapi apa jua masalah dengan HATI terbuka dan sabar 

- Sempurnakan tanggungjawab dan hak Allah yang belum disempurnakan 
    :: Sempurnakan Rukun Islam dan Rukun Iman kita
    :: Sentiasa utamakan Redha Allah dalam setiap perkara
    

Bagaimana nak move-on dan teruskan hidup dengan lebih baik?

Maafkan diri sendiri

- Maafkan semua orang yang pernah melukakan HATI kita

- Redhakan saja apa yang telah berlaku pada masa lampau. PAST IS PAST.

- MERANCANG dan DESIGN KEHIDUPAN yang kita mahukan
    :: Tentukan apa MATLAMAT dan TUJUAN sebenar kita mahu hidup
    :: Cari passion dan hobi baru yang mampu meningkatkan kualiti hidup kita
    :: Cari Mentor dan Sumber Inspirasi. Bila semangat mulai lemah, rujuklah mereka.
    :: Mesti Disiplin, Konsisten, dan Terus Berusaha hingga berjaya
    :: Doa kepada Allah dan mohon ibu bapa juga mendoakan kita :)






Semoga berjaya design masa depan yang kita mahukan 
dan menjadikannya realiti !

................................................................................................................................................

Sunday, 25 January 2015

Sharing My Story : Fly To Bandung!

Pada awal tahun 2015, iaitu pada 17 Januari hingga 21 Januari 2015 yang lalu aku telah menyertai program "Student's Mobility: Discovering Paris Van Java" bersama-sama 20 lagi peserta lain daripada DPP Bank Rakyat, UUM. Kami telah pergi ke Jakarta dan Bandung selama lebih kurang 5 hari 4 malam. Berikut adalah sedikit perkongsian gambar-gambar sepanjang program tersebut dan aku sangat berpuas hati dengan program ini kerana sepanjang program ini aku berasa sangat tenang, bahagia dan lupa semua masalah aku di Malaysiaaaa.. haha (^_^)



Hari ke-1: 17 Januari 2015

Kami berlepas dari KLIA ke Jakarta pada jam 7.00 pagi, 17 Januari 2015.

Roomate terbaik aku, Tikah, aku dan Kaksu bergambar bersama-sama di Menara Monas, Jakarta. 


Konon-konon terpelanting ~

Boys version :)

The boys, tak puas lagi melompat diorang ni..

Bergambar dengan banner program, itu yang penting.

Sebaik je sampai di Bandung, perkara pertama yang kami buat ialah cari tempat makan!




Hari ke-2: 18 Januari 2015

Sebelum bertolak untuk jalan-jalan, selfie-selfie dulu kat depan Guest House yang kami tinggal sepanjang kami di Bandung.

Total peserta 21 orang. Kami guna dua buah van pelancong sepanjang di Bandung dan van kami ni lah yang paling kecoh! 

Ini Walee. Dia ni mantan Presiden DPP Bank Rakyat sesi 2012/2013. Kalau takde dia ni tak meriah kot van kami.

Sampa-sampai je kat destinasi yang dituju, Kawah Putih, Bandung, bergambar dulu dengan banner program. 

Let's Wefieee!

Kami dapat Jus Strawberi percuma sorang satu! Sodap tapi masam sikittt :)

Sementara tunggu makanan sampai, wefieee lagi! :)

Ini pula Dr. Nazli Mahdzir, pegawai pengiring yang juga merupakan mantan Penolong Pengetua DPP Bank Rakyat.

Kami bergambar depan kedai cenderahati di Kawah Putih, Bandung dengan bendera Malaysiaaa!

Ini pula suasana dalam kedai cenderahati, tak banyak sangat pun barang yang dijual..

Nice shot! Bole buat drama korea tak? :) :) :)


Kami bergambar betul-betul di kawah yang airnya berwarna putih. Dengar cerita dulu ini kawasan gunung berapi (Tak pasti lah betul ke tidak). Dan tempat ni diberi nama "Kawah Putih" kerana air dan pasirnya berwarna putih. Memang cantik dan sejuukkkk tempat ni.  




  Hari ke-3: 19 Januari 2015

Hari ke-3, kami berjimba bersuka-ria lagi, di Trans Studio, Bandung, pula. Tempat ni lebih kurang sama je macam USS kat Singapore tu.

Acah-acah superheroesss! Yeahh :)

Bergambar bersama-sama lagi selepas masing-masing semua penat bermain-main :) 
Dari kiri; Biha, aku, Shyqin, Kaksu, Kak Lynn, Kak Nurul, dan Tikah. Kak Lynn dan Kak Nurul merupakan pegawai pengiring dan juga staff DPP Bank Rakyat yang paling banyak bekerja keras dalam melaksanakan program ini. Diorang memang Daebak! :)





 Hari ke-4: 20 Januari 2015

Dengar taklimat dan simple briefing daripada Pengerusi, Panti Asuhan Bayi Sehat Muhammadiyah, Bandung... 
Kami melawat sekitar kawasan di Sekolah Tinggi kesejahteraan Sosial (STKS), Bandung.

Pengarah program ini, Choo Weng Loon (yang pakai blazer tu) sedang menerangkan sesuatu kepada peserta-peserta lain.

Semua peserta program bersama-sama beberapa orang wakil daripada Sekolah Tinggi Kesejahteraan Sosial (STKS) mengambil bahagian dalam perbincangan dan diskusi di Bilik Mesyuarat STKS, Bandung.

Yesss! Bergambar dengan banner program lagi sebagai bahan bukti untuk buat report program nanti.. hihi :)
  
Antara makanan yang kami cuba semasa di Bandung, BAKSO Bandung!

Inilah rupa BAKSO Bandung :)





Hari ke-5: 21 Januari 2015

Hari ke-5, pagi-pagi lagi kami dah bersiap-siap ke Airport Bandung untuk berlepas pulang ke KLIA..
Then, something happened! Passport salah sorang kawan kami, Luqman, hilang entah ke mana. So, Luqman kena pergi ke Kedutaan Jakarta ditemani Dr. Nazli untuk selesaikan kes kehilangan passportnya.. Masa tu, semua sedih sebab kena pulang ke Malaysiaaa dulu tanpa Luqman bersama-sama.. Apa taknya, 5 hari kami bersama-sama buat kami semua rapat dan dah macam adik-beradik dah.. Such an unforgettable memories! 

Semua melangkah ke aeroplane dengan berat hati dan berat langkah ~ :(

Apa-apa pun, kami tetap doakan Luqman selamat dan dipermudahkan urusannya untuk pulang ke Malaysia. Kami takkan lupakan semua kenangan-kenangan manis, pahit, penat, gila, kasih-sayang dan semua emosi yang bercampur-campur sepanjang kami bersama di Jakarta dan Bandung..


Secara keseluruhannya, aku enjoy dan sangat merindui saat-saat di Jakarta dan Bandung bersama-sama semua peserta.. Semua sporting habis, happening, dan saling membantu serta bekerjasama sepanjang melaksanakan program ini. Itu yang buat semua jadi best, sebab tak ada yang selfish :)