ini tentang SEX APPEAL atau explanation dalam bahasa inggerisnya "the ability to excite people sexually" dan "immediate,obvious potential to interest others as by appearance, style or charm."
apa yang menariknya tentang sex appeal ni ??
" pernah tak korang tengok, ada orang tu muka dia tak lah cantik mana pun, badan pun gemok ke, pendek ke, hitam, berjerawat ke atau senang kata, dia tu kategori hodoh lah la kan pada korang. . tapi ramai pulak orang yang suka kat dia. dan lebih pelik lagi, dah lah hodoh, tapi CONFIDENT je & happy je hidup dia macam takde masalah. KENAPA? sedangkan korang yang jauh lebih comeyy, lebih cantik, lebih pandai dan bergaya pulak, takde pun orang minat atau nak usha-usha. even pakwe/makwe pun takde >.< "
haaa... inilah rahsianya! sebab orang yang hodoh kt citer atas ni ada SEX APPEAL. itulah kuasa 'sex appeal'. orang yang ada 'sex appeal' mampu membuat ramai orang yang berlawanan jantina suka pada diri mereka. perkara ini sangat subjektif dan tak mudah untuk dijelaskan.
menurut seorang ahli seksologi Dr. Ryan Thamrin, sebenarnya SEX APPEAL ni ada dalam diri setiap manusia. cuma mungkin manusia yang 'sex appeal' nya tidak menyerlah itu tidak mengenali kelebihan diri sendiri dan sering takut dalam kehidupan. takut kegagalan. takut dimalukan. takut untuk menjadi hebat.
so, macam mana nak gunakan SEX APPEAL masing-masing sebaik-baiknya ?
macam mana cara kalau nak ada SEX APPEAL ni ??
it's simple! ikut langkah-langkah ni. . .
1) IT'S ALL IN YOUR ATTITUDE
-adab sopan dan budi bahasa ketika berinteraksi dengan orang lain perlu dijaga. ia juga maruah korang.
2) PAKAI PAKAIAN YANG BUAT KORANG NAMPAK "WOW" & YANG PENTING MESTI SELESA
-penampilan korang perlulah segar, wangi & kemas. barulah orang lain pun selesa dan suka nak dekat, kalau korang serabai, selekeh je, pastu busook pulak tu, memang la orang tak suke kann.
3) SAYANGI DIRI & TUBUH BADAN ANDA
-walau macammana pun rupa dan bentuk badan korang, sayangilah ia. kalau korang tak sayang diri sendiri, orang lain pun takkan sayang korang. bersyukur dengan apa yang Tuhan dah bagi.
-dan yang sangatt penting di sini, kebersihan diri dan kesihatan perlu sangat sangat dijaga.
4) JADI SMART & SEKSI
-maksud seksi kat sini bukanlah suroh korang dedah-dedah aurat ye. maksud kat sini, korang perlu menjadi yang terbaik walau di mana pun korang berada. korang perlu bercakap dengan fakta, berfikir dengan matang, broad-minded, fleksibel dan berdikari. yang paling utama, confident! confident itulah yang akan buat korang nampak seksi.
5) MERASA DIRI SENDIRI BAGUS & TERBAIK
-apa yang korang fikir tentang diri sendiri, itulah jugak apa orang lain fikir tentang diri korang. percayalah.
6) POSITIF
-sentiasa positif, banyakkan senyum dan sesekali ketawa. have fun ! jangan serius sangat.
7) BODY LANGUAGE
-bila bercakap dengan orang, eye-contact sangat penting. pastikan ia sampai ke hati ♥
8) SAYANGI SEMUA ORANG
-Dato' Dr. Fadzillah Kamsah pernah cakap, "orang yang penyayang akan dikelilingi oleh ramai orang yang sayang padanya, dan orang yang pembenci juga akan ramai yang benci padanya."
9) MEMUJI ORANG
-jangan cemburu bila tengok orang lain lebih cantik, atau mempunyai sesuatu yang cantik, tapi ambik peluang tu untuk puji diorang. dalam masa sama korang boleh buat orang tu pun suka kat korang dan boleh tambah kawan.
10) JANGAN DISKRIMINASI SESIAPA
-berkawan, bergaul, berbuat baik dan senyum dengan semua orang. jangan pilih kasih atau diskriminasi sesiapa !
11) AKTIVITI KEROHANIAN
-nakkan sesuatu itu, jangan lupa berdoa dan meminta lah terlebih dahulu kepada Allah. tanpa izin Allah, takkan berjaya jugak nanti. hati kita perlukan makanan rohani supaya tak kosong. tak guna jugak kalau ramai orang suka kita, tapi Allah tak suka kita. kannn ?? solat pun kena jaga tau.
12) lastly, DONT TAKE IT SERIOUSLY !! take it easy ^_______^
selamat mencuba yaa !
footnotes:
sumber http://www.waspada.co.id/index.php?option=com_content&view=article&id=176783:membangkitkan-sex-appeal&catid=61:seks&Itemid=136


.jpg)


