Monday, 9 February 2015

Topic : Stop Writing About Your Past, Start Writing About Your Future.

Bismillahhirrahmanirrahim...


Bila umur dah makin meningkat ni, sebenarnya lebih banyak dugaan dan lebih besar cabaran yang datang dalam hidup kita ni. Kunci kejayaan dalam menghadapinya ialah, terima saja dengan hati terbuka. Simple kan? :)
(mesti ada orang nak jawab,"cakap senanglah, cuba ko rase" kan? *hahaha*)

Baru-baru ni aku ada baca sebuah buku yang bertajuk "Semuanya Soal Hati", hasil penulisan Ustaz Pahrol Mohd Juoi. The gist of this book is, HATI merupakan faktor pertama dalam membetulkan diri dan seterusnya membetulkan hidup. Senang kata, sebelum nak improve apa-apa dalam hidup, kena improve hati dulu. 


Sedangkan Rasulullah s.a.w. sendiri pernah bersabda, 

"Sesungguhnya dalam diri manusia itu ada seketul daging. Jika daging itu baik, maka baiklah seluruh anggota badannya, tetapi, seandainya daging itu rosak dan kotor, maka kotor dan rosaklah seluruh anggota badannya. Daging yang dimaksudkan ini adalah HATI.

[Riwayat Bukhari dan Muslim daripada Nu'man Bin Basyir]





Apa yang aku nak cerita ni sebenarnya? 


Sebenarnya, diri kita ni adalah refleksi HATI kita sendiri. Sebenarnya, hidup kita juga menunjukkan bagaimana pemandangan dalam HATI kita. Inilah kesimpulan yang aku dapat buat hasil daripada pembacaan, pengalaman, dan pemerhatian sendiri. 


So, apa kena mengena dengan tajuk "Stop Writing About Your Past, Start Writing About Your Future" ni?


Haaa.. Macam ni, aku dapat quotes ni pun daripada Dr. Azizan Osman (pakar motivasi terkenal) tu baru-baru ni, dan aku terus jatuh cinta dengan quotes ni. Sangat memberi inspirasi dan membangkitkan semangat!  


Jadi, aku nak gabungkan tentang HATI tadi dengan quotes "Stop Writing About Your Past, Start Writing About Your Future" ni, mudah-mudahan bermanfaat kepada aku dan rakan-rakan. 


...........................................................................................................................................................






Kenapa kita rasa tak bahagia?
 - Sebab HATI kita yang tak bahagia


Kenapa kita rasa hidup ni tak lepas daripada masalah yang berulang-ulang?
 - Sebab HATI masih tak melepaskan kisah silam yang tak disukai


Kenapa kita susah nak move-on?
 - Sebab HATI masih belum benar-benar redha dengan yang telah berlaku



Jadi...



Bagaimana nak bahagia?

- Bahagiakan HATI dulu..  ((sebab bahagia itu juga dirasai dari HATI))
   :: dengan solat dan membaca Al-Quran
   :: dengan menjaga hubungan baik dengan Allah
   :: dengan membahagiakan ibu bapa
   :: dengan menjaga silaturrahim sesama manusia
   :: sentiasa bersangka baik dan jauhi perkara negatif
   :: memperbanyak solat sunat Taubat ((kerana dosa juga adalah punca Hati tidak bahagia))



Bagaimana nak hentikan masalah hidup yang berulang-ulang? 
(contohnya, isu kebocoran wang, isu sukar menemui cinta, isu kekeluargaan, dsb.)

- Hadapi apa jua masalah dengan HATI terbuka dan sabar 

- Sempurnakan tanggungjawab dan hak Allah yang belum disempurnakan 
    :: Sempurnakan Rukun Islam dan Rukun Iman kita
    :: Sentiasa utamakan Redha Allah dalam setiap perkara
    

Bagaimana nak move-on dan teruskan hidup dengan lebih baik?

Maafkan diri sendiri

- Maafkan semua orang yang pernah melukakan HATI kita

- Redhakan saja apa yang telah berlaku pada masa lampau. PAST IS PAST.

- MERANCANG dan DESIGN KEHIDUPAN yang kita mahukan
    :: Tentukan apa MATLAMAT dan TUJUAN sebenar kita mahu hidup
    :: Cari passion dan hobi baru yang mampu meningkatkan kualiti hidup kita
    :: Cari Mentor dan Sumber Inspirasi. Bila semangat mulai lemah, rujuklah mereka.
    :: Mesti Disiplin, Konsisten, dan Terus Berusaha hingga berjaya
    :: Doa kepada Allah dan mohon ibu bapa juga mendoakan kita :)






Semoga berjaya design masa depan yang kita mahukan 
dan menjadikannya realiti !

................................................................................................................................................

No comments:

Post a Comment