Pada awal tahun 2015, iaitu pada 17 Januari hingga 21 Januari 2015 yang lalu aku telah menyertai program "Student's Mobility: Discovering Paris Van Java" bersama-sama 20 lagi peserta lain daripada DPP Bank Rakyat, UUM. Kami telah pergi ke Jakarta dan Bandung selama lebih kurang 5 hari 4 malam. Berikut adalah sedikit perkongsian gambar-gambar sepanjang program tersebut dan aku sangat berpuas hati dengan program ini kerana sepanjang program ini aku berasa sangat tenang, bahagia dan lupa semua masalah aku di Malaysiaaaa.. haha (^_^)
Hari ke-1: 17 Januari 2015
 |
| Kami berlepas dari KLIA ke Jakarta pada jam 7.00 pagi, 17 Januari 2015. |
 |
| Roomate terbaik aku, Tikah, aku dan Kaksu bergambar bersama-sama di Menara Monas, Jakarta. |
 |
| Konon-konon terpelanting ~ |
 |
| Boys version :) |
 |
| The boys, tak puas lagi melompat diorang ni.. |
 |
| Bergambar dengan banner program, itu yang penting. |
 |
| Sebaik je sampai di Bandung, perkara pertama yang kami buat ialah cari tempat makan! |
Hari ke-2: 18 Januari 2015
 |
| Sebelum bertolak untuk jalan-jalan, selfie-selfie dulu kat depan Guest House yang kami tinggal sepanjang kami di Bandung. |
 |
| Total peserta 21 orang. Kami guna dua buah van pelancong sepanjang di Bandung dan van kami ni lah yang paling kecoh! |
 |
| Ini Walee. Dia ni mantan Presiden DPP Bank Rakyat sesi 2012/2013. Kalau takde dia ni tak meriah kot van kami. |
 |
| Sampa-sampai je kat destinasi yang dituju, Kawah Putih, Bandung, bergambar dulu dengan banner program. |
 |
| Let's Wefieee! |
 |
| Kami dapat Jus Strawberi percuma sorang satu! Sodap tapi masam sikittt :) |
 |
| Sementara tunggu makanan sampai, wefieee lagi! :) |
 |
| Ini pula Dr. Nazli Mahdzir, pegawai pengiring yang juga merupakan mantan Penolong Pengetua DPP Bank Rakyat. |
 |
| Kami bergambar depan kedai cenderahati di Kawah Putih, Bandung dengan bendera Malaysiaaa! |
 |
| Ini pula suasana dalam kedai cenderahati, tak banyak sangat pun barang yang dijual.. |
 |
| Nice shot! Bole buat drama korea tak? :) :) :) |
 |
| Kami bergambar betul-betul di kawah yang airnya berwarna putih. Dengar cerita dulu ini kawasan gunung berapi (Tak pasti lah betul ke tidak). Dan tempat ni diberi nama "Kawah Putih" kerana air dan pasirnya berwarna putih. Memang cantik dan sejuukkkk tempat ni. |
Hari ke-3: 19 Januari 2015
 |
| Hari ke-3, kami berjimba bersuka-ria lagi, di Trans Studio, Bandung, pula. Tempat ni lebih kurang sama je macam USS kat Singapore tu. |
 |
| Acah-acah superheroesss! Yeahh :) |
 |
| Bergambar bersama-sama lagi selepas masing-masing semua penat bermain-main :) |
 |
| Dari kiri; Biha, aku, Shyqin, Kaksu, Kak Lynn, Kak Nurul, dan Tikah. Kak Lynn dan Kak Nurul merupakan pegawai pengiring dan juga staff DPP Bank Rakyat yang paling banyak bekerja keras dalam melaksanakan program ini. Diorang memang Daebak! :) |
Hari ke-4: 20 Januari 2015
 |
| Dengar taklimat dan simple briefing daripada Pengerusi, Panti Asuhan Bayi Sehat Muhammadiyah, Bandung... |
 |
| Kami melawat sekitar kawasan di Sekolah Tinggi kesejahteraan Sosial (STKS), Bandung. |
 |
| Pengarah program ini, Choo Weng Loon (yang pakai blazer tu) sedang menerangkan sesuatu kepada peserta-peserta lain. |
 |
| Semua peserta program bersama-sama beberapa orang wakil daripada Sekolah Tinggi Kesejahteraan Sosial (STKS) mengambil bahagian dalam perbincangan dan diskusi di Bilik Mesyuarat STKS, Bandung. |
 |
| Yesss! Bergambar dengan banner program lagi sebagai bahan bukti untuk buat report program nanti.. hihi :) |
 |
| Antara makanan yang kami cuba semasa di Bandung, BAKSO Bandung! |
 |
| Inilah rupa BAKSO Bandung :) |
Hari ke-5: 21 Januari 2015
 |
Hari ke-5, pagi-pagi lagi kami dah bersiap-siap ke Airport Bandung untuk berlepas pulang ke KLIA..
Then, something happened! Passport salah sorang kawan kami, Luqman, hilang entah ke mana. So, Luqman kena pergi ke Kedutaan Jakarta ditemani Dr. Nazli untuk selesaikan kes kehilangan passportnya.. Masa tu, semua sedih sebab kena pulang ke Malaysiaaa dulu tanpa Luqman bersama-sama.. Apa taknya, 5 hari kami bersama-sama buat kami semua rapat dan dah macam adik-beradik dah.. Such an unforgettable memories! |
 |
| Semua melangkah ke aeroplane dengan berat hati dan berat langkah ~ :( |
 |
| Apa-apa pun, kami tetap doakan Luqman selamat dan dipermudahkan urusannya untuk pulang ke Malaysia. Kami takkan lupakan semua kenangan-kenangan manis, pahit, penat, gila, kasih-sayang dan semua emosi yang bercampur-campur sepanjang kami bersama di Jakarta dan Bandung.. |
Secara keseluruhannya, aku enjoy dan sangat merindui saat-saat di Jakarta dan Bandung bersama-sama semua peserta.. Semua sporting habis, happening, dan saling membantu serta bekerjasama sepanjang melaksanakan program ini. Itu yang buat semua jadi best, sebab tak ada yang selfish :)
No comments:
Post a Comment