Monday, 12 January 2015

Just My View : Bagaimana Muhasabah Diri ?




Beberapa minggu yang lalu, budak kat dalam gambar kat bawah ni minta aku update entry dengan cerita-cerita motivasi dan cerita tentang bagaimana nak muhasabah diri. Baru sekarang ada masa nak update. Aku ingat lagi ayat yang dia lontarkan kat aku, "ramai orang cakap muhasabah diri, muhasabah diri, tapi tak cerita pun macam mana cara nak muhasabah diri"  




Okayyy, bagaimana caranya nak muhasabah diri? Firstly, kita kena tahu dulu apa maksud "muhasabah diri" itu sendiri, kemudian barulah kita akan tahu apa dan bagaimana caranya "muhasabah diri". Basically, perkataan "MU-HA-SA-BAH" itu berasal daripada kata dasar dalam Bahasa Arab "HI-SAB" yang bermaksud "hitung". Jadi, "MU-HA-SA-BAH" bermaksud "menghitung" atau "perhitungan". Ini berdasarkan pengetahuan am yang aku tahu lah, dulu aku pernah sekolah Arab dan belajar sorof bahasa Arab ni. Tapi sekarang dah ingat-ingat lupa. (︺︹︺)

Kata Umar al-Khattab: “Hitunglah dirimu sebelum kamu dihitung”.

Jadi, kesimpulannya ialah "muhasabah diri" itu bermaksud menghitung diri sendiri. Atau dalam erti kata lain, menilai diri sendiri. Nak tahu lagi macam mana? Okayyy, macam ni, LANGKAH PERTAMA, duduk  dengan tenang. LANGKAH KEDUA, berfikir "apa yang aku dah buat dalam 2-3 harini?" , fikir lagi "adakah apa yang aku buat ni akan dapat keredhaan Allah?" , dan fikir lagi, "adakah apa yang aku buat sekarang ini membawa aku kepada mencapai matlamat aku? dan adakah matlamat aku mampu mendekatkan aku pada Allah?" LANGKAH KETIGA, seandainya ada beberapa perkara yang telah diri sendiri buat, tetapi diri sendiri rasa tak suka dan tak betul ataupun 'tak patut aku buat macam itu', SO, fikirkan apa yang perlu diri sendiri lakukan selepas ini untuk memperbaiki keadaan dan membetulkan diri sendiri. LANGKAH KEEMPAT, do it! Berubah, lakukan lebih baik. Jangan stay atau maintain perangai dan perbuatan lama. Itu umpama 'lebih baik tak payah muhasabah diri kalau still sama'.

Haa.. Senang kan? Simple je sebenarnya perkara ini. Muhasabah diri tu maksudnya proses menilai diri sendiri dan kemudian perbaiki diri agar menjadi lebih baik lah. 

Apa yang telah berlalu dan telah pun berlaku pada masa lalu memang lah kita tak mampu nak ubah. Jadi, terima sajalah dengan hati yang terbuka. Muhasabah diri hanya mampu membantu kita menjadi lebih baik pada MASA HADAPAN. 






3 SIMPLE WAYS OF MUHASABAH DIRI:
1- Looking at myself
2- Correcting myself
3- So that I can change & grow











............


No comments:

Post a Comment